Malaysia legislation
Section 19
of KAEDAH-KAEDAH PUSAT SIBER DAN KAFE SIBER (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2012
Seksyen 19
(1)
Waktu perniagaan bagi premis berlesen hendaklah sebagaimana yang dinyatakan oleh Datuk Bandar di dalam lesen.
(2)
Walau apa pun subkaedah (1), mana-mana pelanggan di bawah umur dua belas tahun hanya boleh dibenarkan berada di dalam premis berlesen atau menggunakan apa-apa perkhidmatan yang disediakan di premis berlesen sehingga pukul 10.00 malam dan hendaklah di sepanjang masa berada di premis berlesen ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.
16
(3)
Mana-mana pemegang lesen yang melanggar kaedah ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, dikenakan denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Sekatan tidak dibenarkan