Malaysia legislation
Section 22
of KAEDAH-KAEDAH PUSAT SIBER DAN KAFE SIBER (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2012
Seksyen 22
(1)
Pemegang lesen hendaklah memasang peralatan keselamatan di premis berlesennya sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar.
(2)
Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa peralatan keselamatan itu dipasang dan disenggara dengan baik dan berfungsi pada setiap masa.
(3)
Mana-mana pemegang lesen yang melanggar kaedah ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, dikenakan denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pengecualian