Malaysia legislation

Section 8

of KAEDAH-KAEDAH PUSAT SIBER DAN KAFE SIBER (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2012

Seksyen 8

(1)

Tertakluk kepada seksyen 11 Akta, jika Datuk Bandar bercadang untuk membatalkan sesuatu lesen apabila telah berlaku pelanggaran mana-mana peruntukan Akta, kaedah-kaedah atau syarat atau sekatan lesen, Datuk Bandar hendaklah memberikan kepada pemegang lesen itu notis untuk memberi tunjuk sebab dalam tempoh masa sebagaimana yang ditetapkan oleh Datuk Bandar di dalam notis itu tentang kenapa lesennya tidak sepatutnya dibatalkan.

(2)

Jika alasan telah diterima dalam tempoh yang ditetapkan, Datuk Bandar boleh, setelah mempertimbangkan alasan yang dikemukakan oleh pemegang lesen, memutuskan sama ada untuk membatalkan lesen atau tidak.

(3)

Jika tiada alasan diterima dalam tempoh yang ditetapkan, Datuk Bandar boleh terus membatalkan lesen itu.

Ketidaklayakan

Section 8 — KAEDAH-KAEDAH PUSAT SIBER DAN KAFE SIBER (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2012