Skip to content

Seksyen 3A

of Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Pindaan) 2023

P.U. (A)In forceProvision 3 of 6

Seksyen 3A

(1)

Tertakluk kepada perenggan 76(a)

Kanun, tiap-tiap permohonan oleh tuan punya tanah untuk pelanjutan tanah berimilik bagi suatu tempoh beberapa tahun tidak melebihi sembilan puluh sembilan tahun di bawah seksyen 90A Kanun hendaklah dibuat kepada Pentadbir Tanah dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual 1A.

(2)

Tiap-tiap permohonan di bawah subkaedah (1)

hendaklah—

(a)

dikemukakan dalam satu salinan;

P.U. (A) 213 3

(b)

disertakan dengan—

(i)

fi sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual 23;

(ii)

suatu surat kebenaran daripada tiap-tiap pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar dalam tanah, jika ada; dan

(iii)

dokumen hakmilik keluaran, melainkan jika dokumen hakmilik keluaran itu berada dalam milikan suatu pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar dalam tanah;

dan

(c)

ditandatangani oleh—

(i)

tuan punya berdaftar;

(ii)

dalam hal suatu syarikat berdaftar atau badan yang diperbadankan, orang yang diberi kuasa secara sah oleh syarikat atau perbadanan itu untuk menandatangani bagi pihaknya; atau

(iii)

dalam hal perbadanan pengurusan sebagaimana dinyatakan di bawah

Akta

Hakmilik

Strata 1985

[Akta 318], pengerusi badan pengurusan itu.

P.U. (A) 213 4

(3)

Jika pemohon gagal mematuhi subkaedah (1) atau (2), Pentadbir Tanah hendaklah menolak permohonan itu.”.

Kaedah baharu 8A