Malaysia legislation
Section 9
of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KELULUSAN GALAKAN DAN KADAR TARIF GALAKAN) (PINDAAN) 2013
Seksyen 9
Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memasukkan selepas kaedah 19 kaedah yang berikut:
“Penyerahan balik kelulusan galakan 19A. (1)
Mana-mana pemegang kelulusan galakan yang berhasrat untuk menyerahkan balik kelulusan galakannya hendaklah memberitahu secara bertulis kepada Pihak Berkuasa dan mengemukakan pemberitahuan tersebut bersama dengan perakuan kelulusan galakan.
(2)
Penyerahan balik kelulusan galakan itu berkuat kuasa selepas Pihak
Berkuasa berpuas hati bahawa pemegang kelulusan galakan memenuhi segala liabiliti dan obligasinya yang belum selesai pada masa notis penyerahan balik itu.
(3)
Penyerahan balik kelulusan galakan hendaklah tanpa menjejaskan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah subseksyen 8(3) Akta.
(4)
Suatu penyerahan balik kelulusan galakan tidak boleh ditarik balik oleh pemegang kelulusan galakan.”.
9
Penggantian Jadual Kedua