Skip to content

Seksyen 7

Pindaan kaedah 18

of Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kelulusan Galakan dan Kadar Tarif Galakan) (Pindaan) 2013

P.U. (A)In forceProvision 8 of 19
Seksyen 7

Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan subkaedah 18(1) dengan subkaedah yang berikut:

“18.

(1)

Seseorang pemegang kelulusan galakan boleh memohon untuk menyerahhakkan atau memindahkan hakmilik kelulusan galakannya dengan mengemukakan suatu permohonan bertulis kepada

Pihak Berkuasa dan permohonan itu hendaklah disertai dengan─

(a)

butir-butir yang berkaitan bagi penyerahhakan atau pemindahan hakmilik yang dicadangkan itu, termasuklah butir-butir pemegang serah hak atau penerima pindahan yang dicadangkan; dan

(b)

fi yang ditetapkan dalam Jadual Kedua.”.

Pindaan kaedah 19