Malaysia legislation
Section 9
of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (MENDAPATKAN WANG OLEH PEMEGANG LESEN PENGAGIHAN) 2011
Seksyen 9
Pembayaran balik bayaran yang terlebih
(1)
Jika Pihak Berkuasa mendapati bahawa terdapat suatu bayaran yang terlebih kepada seseorang pemegang lesen pengagihan daripada Kumpulan Wang,
Pihak Berkuasa hendaklah, dengan secepat yang mungkin, memberitahu pemegang lesen pengagihan itu secara bertulis tentang bayaran yang terlebih itu dan meminta pemegang lesen pengagihan itu supaya membayar balik bayaran yang terlebih itu kepada Kumpulan Wang.
(2)
Pemegang lesen pengagihan itu hendaklah membayar bayaran yang terlebih di bawah subkaedah (1) itu tanpa apa-apa bunga dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan oleh pemegang lesen pengagihan itu.
(3)
Jika pemegang lesen pengagihan mendapati bahawa terdapat suatu bayaran yang terlebih kepadanya daripada Kumpulan Wang selain bayaran yang terlebih disebabkan pernyataan terlebih oleh tuntutan yang berlebih-lebihan di bawah perenggan 5(7)(b), pemegang lesen pengagihan itu hendaklah, dengan secepat yang mungkin, memberitahu Pihak Berkuasa secara bertulis tentang bayaran yang terlebih itu dan membayar balik bayaran yang terlebih itu kepada Kumpulan Wang tanpa apa-apa bunga dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberitahuannya kepada Pihak
Berkuasa.
(4)
Seseorang pemegang lesen pengagihan yang tidak mematuhi subkaedah (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pembayaran bagi kekurangan