Seksyen 10
Pembayaran bagi kekurangan
of Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Mendapatkan Wang Oleh Pemegang Lesen Pengagihan) 2011
(1)
Jika Pihak Berkuasa mendapati bahawa terdapat kekurangan dalam bayaran kepada seseorang pemegang lesen pengagihan daripada Kumpulan Wang,
Pihak Berkuasa hendaklah, dengan secepat yang mungkin, memberitahu pemegang lesen pengagihan itu secara bertulis tentang kekurangan dalam bayaran itu dan membayar kekurangan itu tanpa bunga kepada pemegang lesen pengagihan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh kekurangan itu ditemui oleh Pihak Berkuasa.
10
(2)
Jika seseorang pemegang lesen pengagihan mendapati bahawa terdapat kekurangan dalam bayaran kepadanya daripada Kumpulan Wang, pemegang lesen pengagihan itu boleh memberitahu Pihak Berkuasa secara bertulis, dengan secepat yang mungkin, tentang kekurangan dalam bayaran itu dan kekurangan itu hendaklah dibayar oleh Pihak Berkuasa tanpa bunga kepada pemegang lesen pengagihan itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh kekurangan itu ditentusahkan oleh Pihak Berkuasa.