Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(1)
Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menganjurkan, menguruskan, menjalankan atau membantu dalam menganjurkan, menguruskan atau menjalankan, atau menyertai apa-apa perjudian di dalam Kampus.
(2)
Tiada seorang pun pelajar boleh membekal, memiliki atau menyimpan apa-apa juga jenis perjudian atau apa-apa peralatan atau benda yang digunakan untuk perjudian atau bertanggungjawab bagi menganjurkan apa-apa jenis perjudian di dalam
Kampus.
(3)
Bagi maksud kaedah ini, “perjudian” ertinya bermain apa-apa permainan beradu nasib, atau gabungan beradu nasib dan kemahiran, bagi mendapatkan wang atau nilai wang, dan termasuklah apa-apa pertaganan, pertaruhan atau loteri.
(4)
Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan tatatertib.
P.U. (A) 322 21
Bahan yang memabukkan