Skip to content

Seksyen 19

Bahan yang memabukkan

of Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah) (Tatatertib Pelajar) 2024

P.U. (A)In forceProvision 18 of 73
Seksyen 19

(1)

Tiada seorang pun pelajar boleh—

(a)

mengguna, minum atau mempunyai dalam milikannya, jagaannya atau kawalannya, apa-apa bahan yang memabukkan di dalam Kampus; atau

(b)

berada dalam keadaan mabuk di bawah pengaruh bahan yang memabukkan di dalam Kampus.

(2)

Bagi maksud kaedah ini, “bahan yang memabukkan” ertinya apa-apa bahan yang pada bila-bila masa dan tidak kira bagaimana sekalipun penggunaannya boleh menyebabkan mabuk atau menjejaskan pertimbangan atau hilang kewarasan.

(3)

Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.