Malaysia legislation

Section 15

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 15

(1)

Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh, membuat apa-apa representasi atau komunikasi lain, sama ada secara lisan atau bertulis, berhubung dengan apa-apa perkara mengenai Universiti, pekerja Universiti atau pelajar Universiti, yang memudaratkan atau yang mendatangkan mudarat kepada

Universiti, dalam perjalanan apa-apa kuliah, ucapan atau pernyataan awam atau dalam apa-apa penyiaran melalui bunyi atau gambar.

(2)

Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.

Bantahan pelajar terhadap kemasukan orang ke dalam Kampus

Section 15 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS) (TATATERTIB PELAJAR) 2024