Seksyen 15
Representasi memudaratkan atau mendatangkan mudarat yang berhubungan dengan Universiti
of Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Malaysia Perlis) (Tatatertib Pelajar) 2024
(1)
Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh, membuat apa-apa representasi atau komunikasi lain, sama ada secara lisan atau bertulis, berhubung dengan apa-apa perkara mengenai Universiti, pekerja Universiti atau pelajar Universiti, yang memudaratkan atau yang mendatangkan mudarat kepada
Universiti, dalam perjalanan apa-apa kuliah, ucapan atau pernyataan awam atau dalam apa-apa penyiaran melalui bunyi atau gambar.
(2)
Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.