Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Tiada seorang pun pelajar boleh—
(a)
membawa apa-apa buku, kertas, dokumen, gambar, peranti elektronik atau benda lain ke dalam bilik peperiksaan melainkan jika dibenarkan oleh penyelia peperiksaan;
(b)
membawa apa-apa buku, kertas, dokumen, gambar, peranti elektronik atau benda lain keluar dari bilik peperiksaan tanpa kebenaran penyelia peperiksaan kecuali buku, kertas, dokumen, gambar, peranti elektronik atau benda lain yang telah terlebih dahulu dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik peperiksaan di bawah perenggan (a);
P.U. (A) 338 15
(c)
menerima apa-apa buku, kertas, dokumen, gambar, peranti elektronik atau benda lain daripada mana-mana orang lain semasa berada di dalam bilik peperiksaan melainkan jika dibenarkan oleh penyelia peperiksaan;
(d)
menulis, atau mendapatkan orang lain untuk menulis, apa-apa maklumat atau gambar rajah yang mungkin berkaitan dengan peperiksaan yang didudukinya, di atas mana-mana bahagian tubuh badannya, pakaiannya atau benda lain;
(e)
berkomunikasi dengan mana-mana pelajar atau orang lain semasa sesuatu peperiksaan sedang berjalan melalui apa-apa jua cara, melainkan jika dibenarkan oleh penyelia peperiksaan; atau
(f)
menipu atau meniru, cuba untuk menipu atau cuba untuk meniru, atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai menipu atau meniru, dalam sesuatu peperiksaan.
(2)
Walau apa pun subkaedah (1), seseorang pelajar boleh, semasa dia berada di dalam bilik peperiksaan, menerima daripada penyelia peperiksaan apa-apa buku, kertas, dokumen, gambar, peranti elektronik atau benda lain yang disyorkan oleh pemeriksa dan diluluskan oleh Naib Canselor.
(3)
Bagi maksud kaedah ini, “bilik peperiksaan” ertinya suatu tempat atau medium dalam talian yang ditentukan oleh Senat dan digunakan untuk pelajar menjalani peperiksaan.
(4)
Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.
P.U. (A) 338 16
Perhimpunan