Skip to content

Seksyen 12

of Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Pendidikan Sultan Idris) (Tatatertib Pelajar) 2024

P.U. (A)In forceProvision 11 of 75

Seksyen 12

(1)

Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menerbitkan, mengagihkan atau mengedarkan apa-apa dokumen di dalam Kampus atau di luar

Kampus tanpa kebenaran secara bertulis terlebih dahulu

Naib Canselor.

(2)

Dalam memberikan kebenaran di bawah subkaedah (1), Naib Canselor boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat.

P.U. (A) 338 18

(3)

Kebenaran yang dikehendaki di bawah subkaedah (1) ini hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa lesen, permit atau apa-apa bentuk lain pemberikuasaan yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

(4)

Bagi maksud subkaedah (1), “dokumen” termasuklah apa-apa penerbitan bercetak dan elektronik.

(5)

Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) atau apa-apa sekatan, terma atau syarat yang dikenakan Naib Canselor dalam subkaedah (2) melakukan suatu kesalahan tatatertib.