Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(1)
Tiada seorang pun pelajar boleh—
(a)
merokok, menggunakan, menyimpan, mengagih, menawarkan atau membekalkan apa-apa produk tembakau, produk pengganti tembakau, bahan merokok atau peranti merokok di dalam Kampus;
P.U. (A) 323 24
(b)
memiliki dalam jagaannya atau kawalannya apa-apa produk tembakau, produk pengganti tembakau, bahan merokok atau peranti merokok di dalam Kampus; atau
(c)
cuba untuk merokok, menggunakan, menyimpan, mengagih, menawarkan atau membekalkan apa-apa produk tembakau, produk pengganti tembakau, bahan merokok atau peranti merokok di dalam Kampus.
(2)
Bagi maksud kaedah ini, peranti merokok termasuklah rokok elektronik, peranti pengewapan elektrik dan hukah.
(3)
Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.
Kebersihan di dalam Kampus