Skip to content

Seksyen 26

Tempat penginapan atau tempat tidur di dalam Kampus

of Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) (Tatatertib Pelajar) 2024

P.U. (A)In forceProvision 25 of 73
Seksyen 26

(1)

Tiada seorang pun pelajar boleh menggunakan atau menyebabkan supaya digunakan mana-mana bahagian Kampus atau mana-mana bahagian mana-mana bangunan di dalam Kampus sebagai tempat penginapan atau tempat tidur, kecuali tempat penginapan yang disediakan untuknya di dalam asrama oleh Universiti.

(2)

Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.