Malaysia legislation
Section 71
of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024
Seksyen 71
(1)
Sesuatu rayuan oleh seseorang pelajar tidak berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan hukuman yang dikenakan di bawah kaedah 58 atau sebagai penggantungan pembayaran apa-apa pampasan yang diperintahkan dibayar di bawah kaedah 65.
(2)
Walau apa pun subkaedah (1), pihak berkuasa tatatertib boleh, mengarahkan supaya pelaksanaan hukuman yang dikenakan atau pembayaran
P.U. (A) 310 47
apa-apa pampasan yang diperintahkan dibayar ditangguhkan sehingga rayuan pelajar diselesaikan.