Seksyen 73
Penyampaian notis dan dokumen
of Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Utara Malaysia) (Tatatertib Pelajar) 2024
(1)
Penyampaian apa-apa notis atau dokumen di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah dilaksanakan secara ke diri atau melalui pos berdaftar ke alamat terakhir yang diketahui bagi pelajar itu, atau melalui mel elektronik ke alamat mel elektronik pelajar yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil.
P.U. (A) 310 48
(2)
Penyampaian apa-apa notis atau dokumen melalui pos berdaftar hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sewajarnya kepada pelajar itu.
(3)
Penyampaian apa-apa notis atau dokumen melalui mel elektronik hendaklah disifatkan telah disampaikan dan dihantar apabila notis atau dokumen dihantar kepada alamat mel elektronik pelajar itu.
Pembatalan