Malaysia legislation
Section 22
of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023
Seksyen 22
(1)
Tiada seorang pun pelajar boleh—
(a)
mempunyai dalam milikannya, jagaannya atau kawalannya apa-apa dadah atau racun;
(b)
memberikan, membekalkan atau menyediakan, atau menawarkan atau cuba memberikan, membekalkan atau menyediakan apa-apa dadah atau racun kepada mana-mana orang;
P.U. (A) 292 23
(c)
menghisap atau selainnya mengambil apa-apa dadah atau racun;
(d)
mempunyai dalam milikannya, jagaannya atau kawalannya apa-apa perkakas, alatan, radas atau barang yang direka bentuk atau diniatkan untuk digunakan bagi memproses, mengambil, meminum, menghisap, menyedut atau memasukkan ke dalam badannya, apa-apa dadah atau racun; atau
(e)
berada di bawah pengaruh mana-mana dadah atau racun.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam kaedah ini boleh disifatkan sebagai menghalang seseorang pelajar daripada menjalani apa-apa rawatan perubatan yang melibatkan apa-apa dadah atau racun sebagaimana yang dipreskripsi oleh pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50].
(3)
Seseorang pelajar yang disyaki sebagai penagih dadah hendaklah menyerah dirinya bagi maksud ujian air kencing apabila dikehendaki oleh Naib Canselor.
(4)
Bagi maksud kaedah ini—
(a)
“mengambil” dengan variasi gramatis ertinya makan, mengunyah, menghisap, menelan, minum, menyedut atau memasukkan ke dalam badan dalam apa-apa cara atau melalui apa-apa cara jua;
(b)
“dadah” ertinya apa-apa dadah atau bahan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952
[Akta 234]; dan
(c)
“racun” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Racun 1952 [Akta 366].
(5)
Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.
P.U. (A) 292 24
Merokok, menggunakan, menyimpan, dsb., produk tembakau, produk pengganti tembakau, dsb.