Seksyen 19
Bahan yang memabukkan
of Kaedah-Kaedah Universiti Sains Malaysia (Tatatertib Pelajar) 2023
P.U. (A)In forceProvision 18 of 73
Seksyen 19
(1)
Tiada seorang pun pelajar boleh—
(a)
mengguna, minum atau mempunyai dalam milikannya atau di bawah jagaannya atau dalam kawalannya, apa-apa bahan yang memabukkan di dalam Kampus; atau
(b)
berada dalam keadaan mabuk di bawah pengaruh bahan yang memabukkan di dalam Kampus.
(2)
Bagi maksud kaedah ini, “bahan yang memabukkan” ertinya apa-apa bahan yang pada bila-bila masa dan walau bagaimana penggunaannya boleh menyebabkan mabuk atau menjejaskan pertimbangan atau hilang kewarasan.
(3)
Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.