Back to the text
Kampong Bharu Development Corporation Act 2011 · s 4
Suggest a correction
Tell us what is wrong in this text. We check every suggestion against the official version before we change anything.
Kampong Bharu Development Corporation Act 2011 · s 4
Tell us what is wrong in this text. We check every suggestion against the official version before we change anything.
Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi suatu peranti yang diluluskan oleh Perbadanan dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Perbadanan.
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Perbadanan, suatu cap yang mengandungi perkataan “Perbadanan Pembangunan
Kampong Bharu” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai Perbadanan.
Undang-Undang Malaysia 10
Meterai Perbadanan hendaklah disimpan dalam jagaan
Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh
Perbadanan, dan hendaklah ditentusahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis.
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai Perbadanan dan ditentusahkan dengan sewajarnya hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota
Perbadanan atau mana-mana pekerja Perbadanan yang diberi kuasa bagi pihak Perbadanan.
Meterai Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.