Malaysia legislation
Section 5
Section 5
(a)
Pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Menteri tertakluk kepada kelulusan Perdana Menteri;
(b)
Timbalan Pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Menteri daripada kalangan tuan punya tanah dan pewaris tanah di Kampong Bharu;
(c)
tidak lebih daripada dua orang wakil Kerajaan Persekutuan yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
(d)
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan
Kesejahteraan Bandar atau wakilnya;
(e)
Datuk Bandar Kuala Lumpur atau wakilnya;
(f)
seorang yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor, yang dinamakan oleh Raja Negeri Selangor, dan yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 11
(g)
lima orang yang dinamakan daripada kalangan tuan punya tanah dan pewaris tanah di Kampong Bharu, yang hendaklah dilantik oleh Menteri; dan
(h)
tidak lebih daripada tiga orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri yang, pada pendapat
Menteri, mempunyai pengetahuan dan pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan pembangunan, pengendalian dan pentadbiran hal ehwal Kampong Bharu atau apa-apa kelayakan sesuai yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
(2)
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang dilantik di bawah perenggan (1)(a) dan (b) hendaklah seorang Melayu mengikut pengertian yang diberikan kepadanya di bawah Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.
(3)
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan hendaklah menjadi
Setiausaha kepada Perbadanan.