Seksyen 12
Prinsip am 10
of Kod Malaysia Mengenai Pengambilalihan dan Percantuman 2016
P.U. (B)In forceProvision 12 of 16
Seksyen 12
(1)
Tawaran pengambilalihan hendaklah dibuat kepada semua pemegang syer dalam kelas yang sama dalam suatu penerima tawaran bagi semua syer mengundi atau hak mengundi dalam penerima tawaran itu.
(2)
Pembuat tawaran hendaklah, dalam hal suatu tawaran separa yang diluluskan, menerima syer mengundi atau hak mengundi itu dalam kadar yang sama daripada setiap pemegang syer penerima tawaran bagi mendapatkan peratusan pegangan yang telah ditentukan dalam penerima tawaran itu.