Skip to content

Seksyen 15

Pengambilan menurut subseksyen 218(3)

of Kod Malaysia Mengenai Pengambilalihan dan Percantuman 2016

P.U. (B)In forceProvision 15 of 16
Seksyen 15
(1)

Bagi maksud subseksyen 218(3) Akta, seseorang pengambil yang telah mendapat kawalan dalam sesuatu syarikat tetapi tidak memegang lebih daripada lima puluh peratus syer mengundi atau hak mengundi dalam syarikat itu, boleh memperoleh syer mengundi atau hak mengundi tambahan dalam syarikat itu tanpa obligasi untuk melaksanakan tawaran pengambilalihan sekiranya dia memperoleh dua peratus atau kurang dalam mana-mana tempoh enam bulan.

P.U. (B) 356 6

(2)

Jika pengambil itu memperoleh syer mengundi atau hak mengundi tambahan melebihi dua peratus dalam mana-mana tempoh enam bulan, pengambil itu dikehendaki untuk melaksanakan tawaran pengambilalihan menurut peruntukan Kod ini dan apa-apa garis panduan, arahan, nota amalan dan mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.