Malaysia legislation

Section 11

of KOD PERLINDUNGAN PENGGUNA PENERBANGAN MALAYSIA (PINDAAN) 2019

Seksyen 11

Kod ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan 12 perenggan yang berikut:

“Pampasan bagi pemberhentian laluan dan penjadualan semula penerbangan yang telah dirancang 12A. (1)

(a)

memutuskan untuk memberhentikan sesuatu laluan; atau

(b)

memutuskan untuk melaksanakan penjadualan semula penerbangan yang telah dirancang tiga jam dan lebih sebelum atau selepas waktu perlepasan yang ditetapkan, syarikat penerbangan yang beroperasi itu hendaklah menawarkan pampasan dan penjagaan kepada penumpang sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

(2)

Sesuatu syarikat penerbangan yang beroperasi tidak mempunyai obligasi untuk menyediakan pampasan dan penjagaan jika syarikat penerbangan yang beroperasi itu boleh membuktikan bahawa pemberhentian laluan atau penjadualan semula penerbangan yang telah dirancang, mengikut mana-mana yang berkenaan, disebabkan oleh hal keadaan luar biasa yang tidak dapat dielakkan walaupun semua langkah yang sewajarnya telah diambil.

(3)

Hal keadaan luar biasa disifatkan wujud apabila impak suatu keputusan pengurusan trafik udara berhubung dengan sesuatu pesawat udara tertentu pada sesuatu hari tertentu menimbulkan kelewatan yang lama, kelewatan semalaman, atau pembatalan satu atau lebih penerbangan oleh pesawat udara itu, walaupun semua tindakan munasabah telah diambil oleh syarikat penerbangan yang beroperasi itu bagi mengelakkan kelewatan atau pembatalan itu.”.

P.U. (B) 250 12

Pindaan perenggan 15

Section 11 — KOD PERLINDUNGAN PENGGUNA PENERBANGAN MALAYSIA (PINDAAN) 2019