Malaysia legislation
Section 19
of KOD PERLINDUNGAN PENGGUNA PENERBANGAN MALAYSIA (PINDAAN) 2019
Seksyen 19
Pindaan Jadual Pertama
(a)
dalam kepala—
(i)
dengan memasukkan selepas perkataan “12” perkataan “,12A”;
(ii)
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan
“JAGAAN” dengan perkataan “PENJAGAAN”;
(b)
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan kepala ruang
“Pampasan/Jagaan” dengan kepala “Pampasan/Penjagaan”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas butiran 5 butiran yang berikut:
“5A. Perenggan 12A
Pemberhentian laluan
(1)
Penumpang hendaklah ditawarkan pilihan antara─
(a)
pembayaran ganti dalam masa tiga puluh hari, daripada kos tiket sepenuhnya pada harga yang dibeli, termasuk cukai dan fi, bagi bahagian atau bahagian-bahagian perjalanan yang tidak dilakukan, dan bagi bahagian atau bahagian-bahagian yang telah dilakukan jika penerbangan itu
P.U. (B) 250 15
tidak lagi menyediakan perkhidmatan bagi apa-apa maksud berhubung dengan perancangan perjalanan asal penumpang, tanpa hak untuk menaiki pesawat; atau
(b)
perubahan laluan, di bawah keadaan pengangkutan yang setanding, ke destinasi akhir mereka pada peluang yang terawal atau pada tarikh yang kemudian mengikut kemudahan pengguna, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk, tanpa dikenakan bayaran tambahan.
(2)
Jika sesuatu syarikat penerbangan yang beroperasi menawarkan kepada seseorang penumpang penerbangan ke suatu lapangan terbang yang merupakan alternatif kepada lapangan terbang yang baginya
P.U. (B) 250 16
tempahan dibuat, syarikat penerbangan yang beroperasi itu hendaklah menanggung kos pemindahan penumpang itu dari lapangan terbang alternatif itu sama ada ke lapangan terbang yang baginya tempahan dibuat, atau ke destinasi lain yang berhampiran yang dipersetujui oleh penumpang itu.