Skip to content

Seksyen 15

of Majlis Daerah Pontian

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 15 of 17

Seksyen 15

(1)

Separuh fee yang telah dibayar apabila mengemukakan pelan-pelan hendaklah dibayar balik atas permohonan apabila:

(a)

sesuatu pelan ditarik balik sebelum diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan dalam tempoh satu tahun dari tarikh pengemukaannya; atau

(b)

sesuatu pelan tidak diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan; atau

(c)

notis pembatalan diterima dalam tempoh satu tahun selepas tarikh pelan itu diluluskan.

Dengan syarat bahawa tiada fee boleh dibayar balik jika pelan-pelan itu dibatalkan di bawah seksyen 70(6) Akta.

(2)

Fee penuh adalah kena dibayar jika sesuatu pelan itu dikemukakan semula.

(3)

Pengemukaan pelan-pelan di bawah Undang-Undang Kecil 12 hendaklah disifatkan sebagai lanjutan kepada pengemukaan pelan-pelan lakar percubaan di bawah undang-undang kecil itu dan fee yang telah dibayar apabila mengemukakan pelan-pelan lakar percubaan itu hendaklah dikreditkan terhadap fee yang kena dibayar apabila mengemukakan pelan-pelan di bawah undang-undang kecil itu tertakluk kepada apa-apa pelarasan mengenai kawasan-kawasan yang telah dihitung.

Dengan syarat bahawa jika pelan-pelan itu dikemukakan tiada bayar balik fee boleh dibuat sama ada pelan-pelan itu diluluskan atau tidak.