Skip to content

Section 30

Perintah peletakhakan gantian

of Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015

ActIn forceProvision 30 of 36
Section 30
(1)

Menteri boleh mengeluarkan suatu perintah peletakhakan baru (“perintah peletakhakan gantian”) untuk menggantikan mana-mana perintah peletakhakan yang dikeluarkan terdahulu untuk membetulkan apa-apa peninggalan atau kesilapan dalam perintah peletakhakan itu.

(2)

Mana-mana perintah peletakhakan gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), yang menyatakan bahawa harta atau tanggungan telah dipindahkan kepada dan terletak hak pada

28

Undang-Undang Malaysia

Akta 765

Malaysia Airlines Berhad, hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai pemindahan dan peletakhakan itu pada tarikh peletakhakan yang ditetapkan dalam perintah peletakhakan gantian itu.

(3)

Jika mana-mana undang-undang menetapkan suatu tempoh masa yang dalamnya pemindahan apa-apa harta atau tanggungan yang dinyatakan sebagai hal perkara bagi perintah peletakhakan gantian itu hendaklah didaftarkan atau difailkan, tempoh itu hendaklah bermula dari tarikh peletakhakan yang ditetapkan dalam perintah peletakhakan gantian itu atau tarikh perintah peletakhakan gantian itu dikeluarkan, mengikut mana-mana yang kemudian.

(4)

Apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh Malaysia Airlines

Berhad atau mana-mana orang lain, yang bergantung pada suatu perintah peletakhakan yang dikeluarkan terdahulu tidak akan terjejas oleh apa-apa peninggalan atau kesilapan yang dibetulkan dalam perintah peletakhakan gantian.

(5)

Bagi maksud Akta ini, apa-apa sebutan mengenai sesuatu perintah peletakhakan hendaklah disifatkan sebagai termasuk sebutan mengenai perintah peletakhakan gantian.