Malaysia legislation
Section 16
Section 16
Pengantaraan 13
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), komunikasi pengantaraan tidak dilindungi jika—
(a)
perlindungan itu diketepikan dengan nyata secara bertulis oleh pihak-pihak, pengantara dan bukan pihak;
(b)
ia dokumen awam menurut Akta Keterangan 1950
[Akta 56];
(c)
ia ugutan untuk menyebabkan kecederaan tubuh badan atau untuk melakukan jenayah;
(d)
ia digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi merancang jenayah, cubaan melakukan atau melakukan jenayah, atau bagi menyembunyikan jenayah atau kegiatan jenayah atau jenayah atau kegiatan jenayah yang sedang dilakukan;
(e)
ia diperoleh atau ditawarkan untuk membuktikan atau membuktikan sebaliknya sesuatu dakwaan atau aduan mengenai salah laku atau amalan salah berkaitan dengan profesion yang difailkan terhadap pengantara; atau
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 749
(f)
ia diperoleh atau ditawarkan untuk membuktikan atau membuktikan sebaliknya sesuatu dakwaan atau aduan mengenai salah laku atau amalan salah berkaitan dengan profesion yang difailkan terhadap sesuatu pihak, bukan pihak, atau wakil pihak berdasarkan kelakuannya semasa mana-mana sesi pengantaraan.