Section 6
Perjanjian pengantaraan
ActIn forceProvision 6 of 20
Section 6
(1)
Apabila bermulanya pengantaraan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen 5(4), pihak-pihak hendaklah membuat suatu perjanjian pengantaraan.
(2)
Suatu perjanjian pengantaraan hendaklah secara bertulis dan ditandatangani oleh pihak-pihak.
(3)
Suatu perjanjian pengantaraan hendaklah mengandungi persetujuan pihak-pihak untuk mengemukakan kepada pengantaraan pertikaian yang telah timbul atau yang mungkin timbul antara mereka, pelantikan pengantara, kos yang akan ditanggung oleh pihak-pihak dan perkara lain yang difikirkan sesuai oleh pihak-pihak.