Skip to content

Section 8

Penamatan pelantikan pengantara

of Mediation Act 2012

ActIn forceProvision 8 of 20
Section 8
(1)

Sekiranya pengantara yang dilantik di bawah Bahagian ini—

(a)

tidak lagi memiliki kelayakan, pengetahuan khas atau pengalaman yang berkaitan dalam pengantaraan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan 7(2)(a);

(b)

tidak lagi memenuhi kehendak sesuatu institusi berhubung dengan seseorang pengantara sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan 7(2)(b);

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 749

(c)

didapati mempunyai kepentingan kewangan atau peribadi dalam pertikaian itu;

(d)

didapati memperoleh pelantikannya secara fraud; atau

(e)

tidak dapat menjadi pengantara bagi pengantaraan itu, pihak-pihak boleh menamatkan pelantikan pengantara itu dan melantik pengantara lain bagi pengantaraan itu atau meminta institusi untuk melantik pengantara lain.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), pihak-pihak boleh menamatkan pelantikan pengantara atas apa-apa sebab dan hendaklah memaklumkan pengantara sebab bagi penamatan itu.