Skip to content

Seksyen 2

of Menurut peraturan 4 Peraturan-Peraturan Eksais (Lembaga Pelesen) 1977

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 1 of 4

Seksyen 2

Semua permohonan untuk lesen baru, pembaharuan lesen, pindah milik lesen atau penukaran tempat perniagaan hendaklah dibuat dengan borang-borang yang tertentu sebanyak lima (5) salinan dan hendaklah disampaikan kepada

Pengerusi Lembaga Pelesen di Pejabat Daerah Hulu Langat tidak lewat daripada 20 Jun 2005.

WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

4hb Ogos 2005]

1101 3.

Pemohon yang membuat permohonan untuk lesen-lesen baru dan untuk menukar tempat perniagaan hendaklah mengiklankan atas perbelanjaan pemohon itu sendiri di dalam akhbar-akhbar harian dan menampalkan satu salinan permohonan itu di bangunan atau tempat di mana perniagaan itu akan dijalankan dalam tempoh dua minggu sebelum mesyuarat itu diadakan. Pemohon hendaklah juga menyatakan sebab-sebab penukaran tempat perniagaan dibuat.