/akn/my/act/act/1957/375

MINISTER OF FINANCE (INCORPORATION) ACT 1957

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1957
Sections
12
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

MINISTER OF FINANCE (INCORPORATION) ACT 1957 is Malaysia Act, cited as Act 375 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.

Section 6

Meletak hak harta

Open as pageSuggest a correction

5

Akta 375

Suatu Akta bagi diperbadankan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan.

[26 Ogos 1957]

Tajuk ringkas

Section 1

Akta ini bolehlah dinamakan

Suggest a correction

Akta

Menteri

Kewangan

(Pemerbadanan) 1957.

Section 2

Tafsiran

Suggest a correction

“harta” termasuklah semua estet, kepentingan, isemen dan hak, sama ada di sisi ekuiti atau undang-undang, dalam, terhadap atau daripada harta, dan benda-benda dalam tindakan.

Section 3

Pemerbadanan Menteri Kewangan

Suggest a correction
(1)

Menteri yang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan di bawah nama “Menteri Kewangan” (kemudian daripada ini dipanggil “Perbadanan”).

(2)

Perbadanan boleh membawa dan dibawa guaman dalam namanya tersebut dan hendaklah kekal turun temurun dan mempunyai meterai perbadanan, dan meterai tersebut boleh dari semasa ke semasa dipecah, ditukar, dipinda dan dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan, dan, sehingga suatu meterai diperuntukkan di bawah seksyen ini, suatu cap yang

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 375

mengandungi perkataan “Menteri Kewangan” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan.

Kuasa Perbadanan

Suggest a correction

Section 4

Suggest a correction

Perbadanan boleh memasuki kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan tak alih daripada setiap perihalan, dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerah balik dan memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerah hak semula, memindah milik atau selainnya melupuskan, atau berurusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada Perbadanan atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan.

Section 5

Penyempurnaan dokumen

Suggest a correction

Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang memerlukan meterai Perbadanan hendaklah dimeteraikan dengan meterai

Perbadanan di hadapan

Menteri yang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan atau di hadapan pegawai yang dilantik bagi maksud itu oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, yang hendaklah menandatangani setiap surat ikatan tersebut, dokumen atau surat cara lain yang meterai perbadanan itu dicapkan, dan tandatangan tersebut hendaklah menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai itu telah dicap dengan sempurna dan sewajarnya dan bahawa meterai itu adalah meterai yang sah bagi Perbadanan.

Section 6

Meletak hak harta

Suggest a correction
(1)

Semua harta alih yang, sebaik sahaja sebelum berkuat kuasanya Akta ini, telah terletak hak pada Ketua Setiausaha,

Malaysia bagi maksud Kerajaan Persekutuan atau mana-mana

Kerajaan Negeri hendaklah apabila berkuat kuasanya Akta ini, dan tanpa apa-apa jua pemindahhakan, penyerahhakan atau pindah milik, terletak hak pada Perbadanan bagi gelaran, estet atau kepentingan yang sama dan untuk tempoh yang sama dan bagi maksud yang sama sebagaimana yang sama telah terletak hak atau dipegang sebaik sahaja sebelum berkuat kuasanya Akta ini.

Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 7

(2)

Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui Perintah, meletak hak pada Perbadanan mana-mana harta, alih atau tak alih yang sedang terletak hak pada mana-mana pegawai awam atau pihak berkuasa dan, apabila berkuat kuasanya apa-apa Perintah tersebut, harta yang

Perintah tersebut berkaitan hendaklah, tanpa apa-apa jua pemindahhakan, penyerahhakan atau pindah milik, terletak hak pada

Perbadanan bagi gelaran, estet atau kepentingan yang sama dan pada tempoh yang sama sebagaimana yang sama telah terletak hak atau dipegang sebaik sahaja sebelum berkuat kuasanya Perintah itu.

Suggest a correction

(3)

Yang di-Pertuan Agong boleh, dengan Perintah, meletak hak pada mana-mana pegawai awam atau pihak berkuasa apa-apa harta, alih atau tak alih, yang sedang terletak hak pada Perbadanan dan, apabila mula berkuat kuasanya apa-apa Perintah tersebut, harta yang

Perintah tersebut berkaitan hendaklah, tanpa apa-apa jua pemindahhakan, penyerahhakan atau pindah milik, terletak hak pada pegawai atau pihak berkuasa tersebut bagi gelaran, estet atau kepentingan yang sama dan untuk tempoh yang sama dan bagi maksud-maksud yang sama sebagaimana yang sama terletak hak atau dipegang sebaik sahaja sebelum Perintah itu berkuat kuasa.

8

Akta 375

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. 332/1958

Perintah Perlembagaan

Persekutuan (Pengubahsuaian

Undang-Undang) (Ordinan dan

Perisytiharan) 1958

13-11-1958

9

Akta 375

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa Meminda

Berkuat kuasa dari

6

P.U. 332/1958

13-11-1958

Suggest a correction

Common questions

What is MINISTER OF FINANCE (INCORPORATION) ACT 1957?
MINISTER OF FINANCE (INCORPORATION) ACT 1957 is Malaysia Act, cited as Act 375 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.
Is MINISTER OF FINANCE (INCORPORATION) ACT 1957 still in force?
Yes — MINISTER OF FINANCE (INCORPORATION) ACT 1957 is currently in force.
When did MINISTER OF FINANCE (INCORPORATION) ACT 1957 take effect?
MINISTER OF FINANCE (INCORPORATION) ACT 1957 was first recorded in 1957.
How many sections does MINISTER OF FINANCE (INCORPORATION) ACT 1957 have?
MINISTER OF FINANCE (INCORPORATION) ACT 1957 contains 12 sections.
MINISTER OF FINANCE (INCORPORATION) ACT 1957 (No. 375)