Malaysia legislation

Section 6

of NOTIS PEMULAAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN IMPORT KELULI ALOI DAN BUKAN ALOI GEGELUNG GULUNGAN SEJUK YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK KOREA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

Seksyen 6

Soal selidik

(1)

Bagi maksud mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi kajian semula pentadbiran itu, Kerajaan akan menghantar soal selidik kepada—

(a)

industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;

(b)

POSCO Vietnam Co. Ltd;

(c)

pengeluar dan pengeksport dagangan subjek di Republik Korea dan

(d)

pengimport dan mana-mana persatuan pengimport; dan

(e)

Kerajaan Republik Korea dan Republik Sosialis Viet Nam.

(2)

Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dijemput untuk menghubungi MITI secara bertulis, melalui pos, faksimile, e-mel atau serahan tangan, untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam permintaan kajian semula pentadbiran ini.

(3)

Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan kajian semula pentadbiran ini.

Pengumpulan maklumat

Section 6 — NOTIS PEMULAAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN IMPORT KELULI ALOI DAN BUKAN ALOI GEGELUNG GULUNGAN SEJUK YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK KOREA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM