Malaysia legislation

Section 4

of NOTIS PEMULAAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT CELLULOSE FIBRE REINFORCED CEMENT FLAT DAN PATTERN SHEETS YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI THAILAND

Seksyen 4

(1)

Permintaan bagi kajian semula pentadbiran itu adalah berdasarkan alasan bahawa penamatan duti anti-lambakan berkemungkinan menyebabkan lambakan dan kemudaratan itu berterusan atau berulang terhadap industri Malaysia.

(2)

Pemohon mengemukakan bahawa sekiranya duti anti-lambakan ditamatkan, tahap pengimportan semasa dagangan subjek itu mungkin akan meningkat.

(3)

Pemohon mengatakan bahawa pembatalan duti anti-lambakan itu akan memberi kesan negatif terhadap industri Malaysia dan berkemungkinan menyebabkan kemudaratan itu berterusan atau berulang terhadap industri Malaysia.

(4)

Kerajaan berpuas hati bahawa permintaan itu mengandungi alasan yang mencukupi untuk memulakan suatu kajian semula pentadbiran.

(5)

Dalam membuat keputusan itu, Kerajaan juga telah meneliti harga dagangan subjek di pasaran dalam negeri di Malaysia berhubung dengan kemungkinan lambakan itu berterusan atau berulang.

Tatacara

Section 4 — NOTIS PEMULAAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT CELLULOSE FIBRE REINFORCED CEMENT FLAT DAN PATTERN SHEETS YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI THAILAND