Skip to content

Seksyen 5

Tatacara

of Notis Pemulaan Kajian Semula Pentadbiran Duti Anti-Lambakan Mengenai Import Cellulose Fibre Reinforced Cement Flat dan Pattern Sheets yang Berasal atau Dieksport Dari Thailand

P.U. (B)In forceProvision 5 of 10
Seksyen 5

(1)

Setelah menentukan bahawa keterangan yang mencukupi wujud untuk mewajarkan suatu kajian semula pentadbiran duti anti-lambakan mengenai import dagangan subjek, Kerajaan memulakan kajian semula pentadbiran menurut subseksyen 28(6) Akta dan peraturan 34 Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan

Anti-Lambakan 1994.

P.U. (B) 165 4

(2)

Kajian semula pentadbiran itu akan menentukan sama ada penamatan duti anti-lambakan itu berkemungkinan menyebabkan, atau berkemungkinan tidak menyebabkan, lambakan dan kemudaratan itu berterusan atau berulang.

(3)

Kajian semula pentadbiran itu juga akan meneliti keperluan sama ada duti anti-lambakan sedia ada diteruskan atau ditamatkan.