Malaysia legislation

Section 6

of NOTIS PEMULAAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT CELLULOSE FIBRE REINFORCED CEMENT FLAT DAN PATTERN SHEETS YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI THAILAND

Seksyen 6

(1)

Bagi maksud mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi kajian semula pentadbiran itu, Kerajaan akan menghantar soal selidik kepada—

(a)

industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;

(b)

pengeluar dan pengeksport dagangan subjek di Thailand;

(c)

pengimport dan mana-mana persatuan pengimport; dan

(d)

Kerajaan Thailand.

(2)

Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah dijemput untuk menghubungi MITI secara bertulis, melalui faksimile atau e-mel, untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen yang disebut dalam perenggan 1.

(3)

Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi suatu salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan kajian semula pentadbiran itu.

Pengumpulan maklumat

Section 6 — NOTIS PEMULAAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT CELLULOSE FIBRE REINFORCED CEMENT FLAT DAN PATTERN SHEETS YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI THAILAND