Seksyen 5
Tatacara
P.U. (B)In forceProvision 6 of 10
Seksyen 5
(1)
Setelah menentukan bahawa keterangan yang mencukupi wujud untuk mewajarkan suatu penyiasatan bagi penentuan langkah perlindungan mengenai keluaran produk-produk tersebut yang diimport ke dalam Malaysia, Kerajaan memulakan penyiasatan menurut subseksyen 14(1) Akta pada 1 Mei 2011.
(2)
Penyiasatan akan menentukan sama ada terdapat kemudaratan yang serius disebabkan oleh peningkatan import produk-produk tersebut. Penyiasatan juga akan meneliti keperluan sama ada untuk mengenakan langkah pelindungan terhadap keluaran produk-produk tersebut yang diimport ke dalam Malaysia.