Skip to content
Back to the text

Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Dawai Konkrit Prategasan yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China dan Thailand · s 6

Suggest a correction

Tell us what is wrong in this text. We check every suggestion against the official version before we change anything.

What is wrong?

The text as we hold it

Open the official text

s 6Soal selidik

(1)

Bagi maksud mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatan itu, Kerajaan akan menghantar soal selidik kepada—

(a)

industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;

(b)

pengeluar atau pengeksport dagangan subjek dari Republik Rakyat

China dan Thailand yang dinamakan dalam petisyen;

(c)

pengimport dan mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam petisyen; dan

(d)

Kerajaan Republik Rakyat China dan Thailand.

(2)

Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hendaklah menghubungi MITI melalui e-mel untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen ini.

(3)

Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan penyiasatan ini.