Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Produk Keluli Tahan Karat Gulungan Sejuk dalam Bentuk Gegelung, Kepingan atau Apa-Apa Bentuk Lain yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Indonesia · As enacted
10. Had masa
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana pihak berkepentingan yang berhasrat untuk memohon soal selidik hendaklah berbuat demikian tidak lewat daripada lima belas hari selepas penyiaran notis ini dalam Warta.
Semua pihak berkepentingan hendaklah menyatakan pandangan mereka secara elektronik dan mengemukakan jawapan soal selidik dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis ini dalam Warta sekiranya pandangan dan maklum balas itu hendak diambil kira semasa penyiasatan ini, melainkan jika dinyatakan selainnya.