Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Pengataan kemudaratan
Pempetisyen telah menyatakan dan memberikan keterangan bahawa import dagangan subjek dari negara yang dikatakan telah meningkat daripada segi kuantiti mutlak. Dengan ini, dikatakan selanjutnya bahawa industri Malaysia telah mengalami kemudaratan melalui kesan lambakan, iaitu, antara lain, pemotongan harga, kemelesetan harga, penyekatan harga, aliran tunai yang negatif dan pengurangan dalam pulangan pelaburan.