P.U. (B) · As enacted
Notis Penamatan Pengenaan Duti Anti-Lambakan yang Akan Berlaku Terhadap Import Keluli Aloi dan Bukan Aloi Gegelung Gulungan Sejuk yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China, Republik Korea dan Republik Sosialis Viet Nam
Feedback & supportThe text
1 April 2026 1 April 2026
P.U. (B) 127
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT
GAZETTE
NOTIS PENAMATAN PENGENAAN
DUTI ANTI-LAMBAKAN YANG AKAN BERLAKU
TERHADAP IMPORT KELULI ALOI DAN BUKAN ALOI
GEGELUNG GULUNGAN SEJUK YANG BERASAL ATAU
DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA,
REPUBLIK KOREA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM
NOTICE OF IMPENDING TERMINATION OF
THE IMPOSITION OF ANTI-DUMPING DUTIES ON
IMPORTS OF COLD ROLLED COILS OF ALLOY AND
NON-ALLOY STEEL ORIGINATING OR EXPORTED
FROM THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA,
THE REPUBLIC OF KOREA AND
THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM
DISIARKAN OLEH/
JABATAN PEGUAM NEGARA/
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (B) 127 2
AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993
NOTIS PENAMATAN PENGENAAN DUTI ANTI-LAMBAKAN YANG AKAN BERLAKU
TERHADAP IMPORT KELULI ALOI DAN BUKAN ALOI GEGELUNG GULUNGAN SEJUK
YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA, REPUBLIK KOREA
DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM
(AD 03/15)
Preamble
MENURUT peraturan 35 Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994
[P.U. (A) 233/1994], Kerajaan memberi notis bahawa duti anti-lambakan yang dikenakan terhadap import keluli aloi dan bukan aloi gegelung gulungan sejuk yang mempunyai ketebalan antara 0.20 milimeter hingga 2.60 milimeter dan kelebaran antara 700 milimeter hingga 1,300 milimeter tidak termasuk plat hitam kilang timah dan diimport bagi maksud penggunaan akhir automotif daripada semua gred dan spesifikasi yang berasal atau dieksport dari
Republik
Rakyat
China
(“dagangan subjek”)
di bawah
Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (Kajian Semula Pentadbiran) (No. 2) 2026
[P.U. (A) 24/2026] akan tamat tempohnya pada 8 Oktober 2026 dan pihak berkepentingan boleh memberikan pandangan mereka mengenai penamatan pengenaan duti yang akan berlaku itu.
Dagangan subjek 2.
Dagangan subjek dikelaskan di bawah Kod Sistem yang Diharmonikan
(Kod H.S.) dan Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN (AHTN) 7209.15.00 00, 7209.16.10 00,
7209.16.90 00, 7209.17.10 00, 7209.17.90 00, 7209.18.99 00, 7225.50.10 00 dan 7225.50.90 00.
Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan hanya bagi maksud makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan dagangan subjek itu.
Duti anti-lambakan 3.
Dagangan subjek itu adalah asalnya tertakluk kepada duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (Kajian Semula
Pentadbiran) (No. 3) 2021 [P.U. (A) 384/2021] bagi tempoh mulai 9 Oktober 2021
P.U. (B) 127 3
hingga 14 Januari 2026 dan kini tertakluk kepada duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (Kajian Semula Pentadbiran) (No. 2) 2026
bagi tempoh mulai 15 Januari 2026 hingga 8 Oktober 2026.
Kadar duti anti-lambakan yang dikenakan berhubung dengan import dagangan subjek ialah antara 35.89% hingga 42.08% daripada harga eksport.
Pandangan daripada pihak berkepentingan 4.
Pihak berkepentingan yang berkemungkinan akan terjejas oleh penamatan pengenaan duti anti-lambakan boleh memberikan pandangan mereka secara bertulis.
Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah, khususnya, mengajukan isu yang berikut:
sama ada pengenaan duti anti-lambakan yang berterusan perlu untuk mengimbangi lambakan dagangan subjek; dan
sama ada kemudaratan akan berkemungkinan terus berulang jika duti itu dihapuskan atau diubah.
Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah disokong dengan keterangan dokumen yang sewajarnya.
Had masa 5.
Pihak berkepentingan hendaklah memberikan pandangan mereka secara bertulis tidak lewat daripada 28 Mei 2026 dan pandangan itu hendaklah dikemukakan ke alamat yang berikut:
P.U. (B) 127 4
Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)
Aras 9, Menara MITI
No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur
Malaysia
Nombor telefon
: (603) 6208 4744/4637
Nombor faksimile
: (603) 6211 4429
Alamat e-mel
: alltps@miti.gov.my
Bertarikh 18 Mac 2026
[MITI.600-2/2/16 Jld.18(2)(S); PN(PU2)529/JLD.34]
DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
P.U. (B) 127 5
COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993
NOTICE OF IMPENDING TERMINATION OF THE IMPOSITION OF ANTI-DUMPING
DUTIES ON IMPORTS OF COLD ROLLED COILS OF ALLOY AND NON-ALLOY STEEL
ORIGINATING OR EXPORTED FROM THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA,
THE REPUBLIC OF KOREA AND THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM
(AD 03/15)
Preamble
PURSUANT to regulation 35 of the Countervailing and Anti-Dumping Duties
Regulations 1994 [P.U. (A) 233/1994], the Government gives notice that the anti-dumping duties imposed on imports of cold rolled coils of alloy and non-alloy steel of a thickness between 0.20 millimetres to 2.60 millimetres and width between 700
millimetres to 1,300 millimetres excluding tin mill black plate and imported for the purpose of automotive end-usage of all grades and specifications originating or exported from the People’s Republic of China (“subject merchandise”) under the
Customs (Anti-Dumping Duties) (Administrative Review) (No. 2) Order 2026
[P.U. (A) 24/2026] are due to expire on 8 October 2026 and interested parties may give their views on the impending termination of the imposition of the duties.
Subject merchandise 2.
The subject merchandise is classified under the Harmonised System Code
(H.S. Code) and ASEAN Harmonised Tariff Nomenclature (AHTN) 7209.15.00 00,
7209.16.10 00, 7209.16.90 00, 7209.17.10 00, 7209.17.90 00, 7209.18.99 00, 7225.50.10 00
and 7225.50.90 00.
The H.S. Code and AHTN specified in subparagraph (1) are given only for information purposes and have no binding effect on the classification of the subject merchandise.
Anti-dumping duties 3.
The subject merchandise was initially subject to the anti-dumping duties imposed under the Customs (Anti-Dumping Duties) (Administrative Review) (No. 3)
Order 2021 [P.U. (A) 384/2021] for the period from 9 October 2021 to 14 January 2026
and is now subject to the anti-dumping duties imposed under the Customs
P.U. (B) 127 6
(Anti-Dumping Duties) (Administrative Review) (No. 2) Order 2026 for the period from 15 January 2026 to 8 October 2026.
The rates of the anti-dumping duties imposed in relation to the imports of the subject merchandise are between 35.89% to 42.08% of the export price.
Views from interested parties 4.
Interested parties likely to be affected by the termination of the imposition of the anti-dumping duties may give their views in writing.
The views referred to in subparagraph (1) shall, in particular, address the following issues:
whether the continued imposition of the anti-dumping duties is necessary to offset the dumping of the subject merchandise; and
whether the injury would likely continue to recur if the duties were removed or varied.
The views referred to in subparagraph (1) shall be supported with documentary evidence accordingly.
Time limit 5.
The interested parties shall give their views in writing not later than 28 May 2026
and the views shall be submitted to the following address:
P.U. (B) 127 7
Director
Trade Practices Section
Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI)
Level 9, Menara MITI
No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur
Malaysia
Telephone number
: (603) 6208 4744/4637
Facsimile number
: (603) 6211 4429
Email address
: alltps@miti.gov.my
Dated 18 March 2026
[MITI.600-2/2/16 Jld.18(2)(S); PN(PU2)529/JLD.34]
DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI
Minister of Investment, Trade and Industry