Skip to content
In forceAs enacted

P.U. (B)

Notis Penamatan Pengenaan Duti Anti-Lambakan yang Akan Berlaku Terhadap Import Keluli Tahan Karat Gulungan Sejuk dalam Bentuk Gegelung, Kepingan atau Apa-Apa Bentuk Lain yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Indonesia dan Republik Sosialis Viet Nam

Feedback & support

The text

23 September 2025 23 September 2025

P.U. (B) 343

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

NOTIS PENAMATAN PENGENAAN DUTI ANTI-LAMBAKAN

YANG AKAN BERLAKU TERHADAP IMPORT KELULI

TAHAN KARAT GULUNGAN SEJUK DALAM BENTUK

GEGELUNG, KEPINGAN ATAU APA-APA BENTUK LAIN

YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK

INDONESIA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

NOTICE OF IMPENDING TERMINATION OF THE

IMPOSITION OF ANTI-DUMPING DUTIES ON IMPORTS OF

COLD ROLLED STAINLESS STEEL IN COILS, SHEETS OR

ANY OTHER FORM ORIGINATING OR EXPORTED FROM

THE REPUBLIC OF INDONESIA AND THE SOCIALIST

REPUBLIC OF VIET NAM

DISIARKAN OLEH/

JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

P.U. (B) 343 2

AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993

NOTIS PENAMATAN PENGENAAN DUTI ANTI-LAMBAKAN YANG AKAN BERLAKU

TERHADAP IMPORT KELULI TAHAN KARAT GULUNGAN SEJUK DALAM BENTUK

GEGELUNG, KEPINGAN ATAU APA-APA BENTUK LAIN YANG BERASAL ATAU

DIEKSPORT DARI REPUBLIK INDONESIA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

(AD 02/20)

Preamble

MENURUT peraturan 35

Peraturan-Peraturan

Duti

Timbal

Balas dan

Anti-Lambakan 1994 [P.U. (A) 233/1994], Kerajaan memberikan notis bahawa duti anti-lambakan yang dikenakan terhadap import keluli tahan karat gulungan sejuk dalam bentuk gegelung, kepingan atau apa-apa bentuk lain dengan ketebalan tidak lebih daripada 6.5 milimeter tidak termasuk—

(a)

keluli tahan karat gulungan sejuk dengan kemasan sepuh lindap berkilat (BA),

No. 8 (Kemasan Cermin), timbul, keras, gores atau berwarna; atau

(b)

keluli tahan karat gulungan sejuk dengan nilai kekerasan lebih daripada 250HV, yang berasal atau dieksport dari Republik Indonesia dan Republik Sosialis Viet Nam

(“dagangan subjek”) di bawah Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) 2021

[P.U. (A) 197/2021] akan tamat tempohnya pada 23 April 2026 dan pihak berkepentingan boleh memberikan pandangan mereka mengenai penamatan pengenaan duti yang akan berlaku itu.

Dagangan subjek 2.

(1)

Dagangan subjek itu dikelaskan di bawah Kod Sistem yang Diharmonikan

(Kod H.S.) dan Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN (AHTN) 7219.31.00 00, 7219.32.00 00,

7219.33.00 00, 7219.34.00 00, 7219.35.00 00, 7220.20.10 00 dan 7220.20.90 00.

(2)

Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan hanya bagi maksud makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan dagangan subjek itu.

P.U. (B) 343 3

Duti anti-lambakan 3.

(1)

Dagangan subjek itu adalah tertakluk kepada duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) 2021 bagi tempoh mulai 27 April 2021 hingga 23 April 2026.

(2)

Kadar duti anti-lambakan yang dikenakan berhubung dengan import dagangan subjek ialah antara 7.81% hingga 34.82% daripada harga eksport.

Pandangan daripada pihak berkepentingan 4.

(1)

Pihak berkepentingan yang berkemungkinan akan terjejas oleh penamatan pengenaan duti anti-lambakan boleh memberikan pandangan mereka secara bertulis.

(2)

Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah, khususnya, mengajukan isu yang berikut:

(a)

sama ada pengenaan duti anti-lambakan yang berterusan perlu untuk mengimbangi lambakan dagangan subjek; dan

(b)

sama ada kemudaratan berkemungkinan akan terus berulang jika duti itu dihapuskan atau diubah.

(3)

Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah disokong dengan keterangan dokumen yang sewajarnya.

Had masa 5.

Pihak berkepentingan hendaklah memberikan pandangan mereka secara bertulis tidak lewat dari 31 Oktober 2025 dan pandangan itu hendaklah dikemukakan kepada alamat yang berikut:

Pengarah

Seksyen Amalan Perdagangan

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)

Aras 9, Menara MITI

P.U. (B) 343 4

No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur

Malaysia

Nombor telefon

: (603) 6208 4634/4646

Nombor faksimile

: (603) 6211 4429

Alamat e-mel

: alltps@miti.gov.my

Bertarikh 11 September 2025

[MITI.600-2/2/9; PN(PU2)529/JLD.34]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

P.U. (B) 343 5

COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993

NOTICE OF IMPENDING TERMINATION OF THE IMPOSITION OF ANTI-DUMPING

DUTIES ON IMPORTS OF COLD ROLLED STAINLESS STEEL IN COILS, SHEETS OR

ANY OTHER FORM ORIGINATING OR EXPORTED FROM THE REPUBLIC OF INDONESIA

AND THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM

(AD 02/20)

Preamble

PURSUANT to regulation 35 of the Countervailing and Anti-Dumping Duties

Regulations 1994 [P.U. (A) 233/1994], the Government gives notice that the anti-dumping duties imposed on imports of cold rolled stainless steel in coils, sheets or any other form with the thickness of not more than 6.5 milimetres excluding—

(a)

cold rolled stainless steel with bright annealed (BA), No. 8 (Mirror Finish), embossed, rigidised, etched or coloured finishes; or

(b)

cold rolled stainless steel with hardness value of more than 250HV, originating or exported from the Republic of Indonesia and the Socialist Republic of

Viet Nam (“subject merchandise”) under the Customs (Anti-Dumping Duties)

Order 2021 [P.U. (A) 197/2021] is due to expire on 23 April 2026 and interested parties may give their views on the impending termination of the imposition of the duties.

Subject merchandise 2.

(1)

The subject merchandise is classified under the Harmonised System Code

(H.S. Code) and ASEAN Harmonised Tariff Nomenclature (AHTN) 7219.31.00 00,

7219.32.00 00, 7219.33.00 00, 7219.34.00 00, 7219.35.00 00, 7220.20.10 00 and 7220.20.90 00.

(2)

The H.S. Code and AHTN specified in subparagraph (1) are given only for information purposes and have no binding effect on the classification of the subject merchandise.

P.U. (B) 343 6

Anti-dumping duties 3.

(1)

The subject merchandise is subject to anti-dumping duties imposed under the Customs (Anti-Dumping Duties) Order 2021 for the period from 27 April 2021

to 23 April 2026.

(2)

The rates of the anti-dumping duties imposed in relation to the imports of the subject merchandise are between 7.81% to 34.82% of the export price.

Views from interested parties 4.

(1)

Interested parties likely to be affected by the termination of the imposition of the anti-dumping duties may give their views in writing.

(2)

The views referred to in subparagraph (1) shall, in particular, address the following issues:

(a)

whether the continued imposition of the anti-dumping duties is necessary to offset the dumping of the subject merchandise; and

(b)

whether the injury would likely to continue to recur if the duties were removed or varied.

(3)

The views referred to in subparagraph (1) shall be supported with documentary evidence accordingly.

Time limit 5.

The interested parties shall give their views in writing not later than 31 October 2025 and the views shall be submitted to the following address:

Director

Trade Practices Section

Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI)

Level 9, Menara MITI

No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah

P.U. (B) 343 7 50480 Kuala Lumpur

Malaysia

Telephone number

: (603) 6208 4634/4646

Facsimile number

: (603) 6211 4429

E-mail address

: alltps@miti.gov.my

Dated 11 September 2025

[MITI.600-2/2/9; PN(PU2)529/JLD.34]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Minister of Investment, Trade and Industry