Malaysia legislation
Section 7219
Seksyen 7219
32.00 00, 7219.33.00 00, 7219.34.00 00, 7219.35.00 00, 7220.20.10 00
dan 7220.20.90 00 (“dagangan subjek”) yang berasal atau dieksport dari
Republik Indonesia dan Republik Sosialis Viet Nam; dan
(b)
kemudaratan didapati wujud kerana industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa telah mengalami kemudaratan material disebabkan oleh pengimportan dagangan subjek ke dalam Malaysia.
Sebab bagi penentuan awal afirmatif 2.
Sebab bagi penentuan awal afirmatif adalah seperti yang berikut:
(a)
harga eksport dagangan subjek adalah kurang daripada nilai normalnya;
(b)
industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa telah mengalami kemudaratan material yang boleh dengan semunasabahnya dikaitkan dengan pengimportan dagangan subjek ke dalam Malaysia; dan
P.U. (B) 709 3
(c)
margin lambakan didapati wujud melalui kegiatan lambakan oleh pengeluar atau pengeksport dari Republik Indonesia dan Republik Sosialis Viet Nam adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 1.
Langkah sementara yang terpakai 3.
Langkah sementara yang terpakai hendaklah dalam bentuk duti anti-lambakan sementara sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 2.
Sebab bagi langkah sementara 4.
Sebab bagi langkah sementara di bawah perenggan 3 adalah untuk mencegah kemudaratan yang ditanggung oleh industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa daripada berlaku secara berterusan semasa tempoh penyiasatan.
Tempoh bagi membuat penentuan muktamad 5.
Penentuan muktamad berhubung dengan penyiasatan hendaklah dibuat dalam tempoh satu ratus dua puluh (120) hari mulai 26 Disember 2020.
Rekod penyiasatan 6.
Salinan rekod penyiasatan boleh didapati oleh orang awam di—
Pusat Sumber
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Aras 2, Menara MITI
No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur
Malaysia
Nombor telefon
: (603) 6208 4632/4641/4637
Nombor faksimile
: (603) 6211 4429
Alamat e-mel : alltps@miti.gov.my
P.U. (B) 709 4
COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993
NOTICE OF AFFIRMATIVE PRELIMINARY DETERMINATION OF AN ANTI-DUMPING
DUTY INVESTIGATION WITH REGARD TO THE IMPORTS OF COLD ROLLED STAINLESS
STEEL IN COILS, SHEETS OR ANY OTHER FORM ORIGINATING OR EXPORTED FROM
THE REPUBLIC OF INDONESIA AND THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM
(AD 02/20)