Malaysia legislation

Section 7219

of NOTIS PENENTUAN AWAL AFIRMATIF PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN IMPORT KELULI TAHAN KARAT GULUNGAN SEJUK DALAM BENTUK GEGELUNG, KEPINGAN ATAU APA-APA BENTUK LAIN YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK INDONESIA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

Seksyen 7219

32.00 00, 7219.33.00 00, 7219.34.00 00, 7219.35.00 00, 7220.20.10 00

dan 7220.20.90 00 (“dagangan subjek”) yang berasal atau dieksport dari

Republik Indonesia dan Republik Sosialis Viet Nam; dan

(b)

kemudaratan didapati wujud kerana industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa telah mengalami kemudaratan material disebabkan oleh pengimportan dagangan subjek ke dalam Malaysia.

Sebab bagi penentuan awal afirmatif 2.

Sebab bagi penentuan awal afirmatif adalah seperti yang berikut:

(a)

harga eksport dagangan subjek adalah kurang daripada nilai normalnya;

(b)

industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa telah mengalami kemudaratan material yang boleh dengan semunasabahnya dikaitkan dengan pengimportan dagangan subjek ke dalam Malaysia; dan

P.U. (B) 709 3

(c)

margin lambakan didapati wujud melalui kegiatan lambakan oleh pengeluar atau pengeksport dari Republik Indonesia dan Republik Sosialis Viet Nam adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 1.

Langkah sementara yang terpakai 3.

Langkah sementara yang terpakai hendaklah dalam bentuk duti anti-lambakan sementara sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 2.

Sebab bagi langkah sementara 4.

Sebab bagi langkah sementara di bawah perenggan 3 adalah untuk mencegah kemudaratan yang ditanggung oleh industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa daripada berlaku secara berterusan semasa tempoh penyiasatan.

Tempoh bagi membuat penentuan muktamad 5.

Penentuan muktamad berhubung dengan penyiasatan hendaklah dibuat dalam tempoh satu ratus dua puluh (120) hari mulai 26 Disember 2020.

Rekod penyiasatan 6.

Salinan rekod penyiasatan boleh didapati oleh orang awam di—

Pusat Sumber

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Aras 2, Menara MITI

No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur

Malaysia

Nombor telefon

: (603) 6208 4632/4641/4637

Nombor faksimile

: (603) 6211 4429

Alamat e-mel : alltps@miti.gov.my

P.U. (B) 709 4

COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993

NOTICE OF AFFIRMATIVE PRELIMINARY DETERMINATION OF AN ANTI-DUMPING

DUTY INVESTIGATION WITH REGARD TO THE IMPORTS OF COLD ROLLED STAINLESS

STEEL IN COILS, SHEETS OR ANY OTHER FORM ORIGINATING OR EXPORTED FROM

THE REPUBLIC OF INDONESIA AND THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM

(AD 02/20)