Skip to content
In forceAs enacted

P.U. (B)

Notis Penentuan Muktamad Afirmatif Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Polyethylene Terephthalate yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China dan Republik Indonesia

Feedback & support

The text

6 Mei 2025 6 May 2025

P.U. (B) 179

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

NOTIS PENENTUAN MUKTAMAD AFIRMATIF

PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN

DENGAN IMPORT POLYETHYLENE TEREPHTHALATE

YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI

REPUBLIK RAKYAT CHINA DAN REPUBLIK INDONESIA

NOTICE OF AFFIRMATIVE FINAL DETERMINATION

OF AN ANTI-DUMPING DUTY INVESTIGATION WITH

REGARD TO IMPORTS OF POLYETHYLENE

TEREPHTHALATE ORIGINATING OR EXPORTED FROM

THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA AND

THE REPUBLIC OF INDONESIA

DISIARKAN OLEH/

JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

P.U. (B) 179 2

AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993

NOTIS PENENTUAN MUKTAMAD AFIRMATIF PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN

BERKENAAN DENGAN IMPORT POLYETHYLENE TEREPHTHALATE YANG BERASAL

ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA DAN REPUBLIK INDONESIA

(AD 01/24)

Preamble

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 25(4)(a)

Akta

Duti

Timbal

Balas dan

Anti-Lambakan 1993

[Akta 504]

dan peraturan 15 Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994

[P.U. (A) 233/1994], Kerajaan telah membuat penentuan muktamad di bawah subseksyen 25(1) Akta bahawa—

(a)

suatu margin lambakan wujud berkenaan dengan import

Polyethylene Terephthalate yang dikelaskan di bawah Kod Sistem yang

Diharmonikan (“Kod H.S.”) dan Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN

(“AHTN”)

3907.61.00 00

yang berasal atau dieksport dari

Republik Rakyat China dan Republik Indonesia (“dagangan subjek”); dan

(b)

kemudaratan didapati wujud kerana industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa telah mengalami kemudaratan material disebabkan oleh pengimportan dagangan subjek ke dalam Malaysia.

Butiran yang berhubungan dengan margin lambakan 2.

Butiran yang berhubungan dengan margin lambakan berkenaan dengan import dagangan subjek yang didapati daripada proses penentuan muktamad afirmatif adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Sebab bagi penentuan muktamad afirmatif 3.

Sebab bagi penentuan muktamad afirmatif adalah seperti yang berikut:

(a)

harga eksport dagangan subjek adalah kurang daripada nilai normalnya;

P.U. (B) 179 3

(b)

industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa telah mengalami kemudaratan material yang boleh dengan semunasabahnya dikaitkan dengan pengimportan dagangan subjek ke dalam Malaysia; dan

(c)

margin lambakan didapati wujud melalui kegiatan lambakan oleh pengeluar atau pengeksport dari Republik Rakyat China dan Republik

Indonesia sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Duti anti-lambakan 4.

Duti anti-lambakan yang akan dikenakan kepada pengeluar atau pengeksport yang dinyatakan dalam Jadual Pertama hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam

Jadual Kedua.

Sebab bagi pengenaan duti anti-lambakan 5.

Sebab bagi pengenaan duti anti-lambakan di bawah perenggan 4 adalah untuk mencegah kemudaratan kepada industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa.

Tempoh pengenaan duti anti-lambakan 6.

Duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah perenggan 4 hendaklah terpakai bagi tempoh lima tahun mulai 7 Mei 2025 hingga 6 Mei 2030.

P.U. (B) 179 4

COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993

NOTICE OF AFFIRMATIVE FINAL DETERMINATION OF AN ANTI-DUMPING DUTY

INVESTIGATION WITH REGARD TO IMPORTS OF POLYETHYLENE TEREPHTHALATE

ORIGINATING OR EXPORTED FROM THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA AND

THE REPUBLIC OF INDONESIA

(AD 01/24)

Preamble

IN exercise of the powers conferred by paragraph 25(4)(a)

of the Countervailing and Anti-Dumping Duties Act 1993 [Act 504] and regulation 15

of the Countervailing and Anti-Dumping Duties Regulations 1994 [P.U. (A) 233/1994], the Government has made a final determination under subsection 25(1) of the Act that—

(a)

a dumping margin exists with regard to the imports of Polyethylene

Terephthalate classified under the Harmonised System Code (“H.S. Code”)

and ASEAN Harmonised Tariff Nomenclature (“AHTN”) 3907.61.00 00

originating or exported from the People’s Republic of China and the Republic of Indonesia (“subject merchandise”); and

(b)

an injury is found to exist because the domestic industry in Malaysia producing the like product has suffered material injury by reason of the importation of the subject merchandise into Malaysia.

Particulars relating to dumping margin 2.

The particulars relating to the dumping margin with regard to the imports of the subject merchandise which were found from the affirmative final determination process are as specified in the First Schedule.

Reasons for affirmative final determination 3.

The reasons for the affirmative final determination are as follows:

(a)

the export price of the subject merchandise is less than its normal value;

P.U. (B) 179 5

(b)

the domestic industry in Malaysia producing the like product has suffered material injury that can be reasonably linked to the importation of the subject merchandise into Malaysia; and

(c)

dumping margin is found to exist through the dumping activities by the producers or exporters from the People’s Republic of China and the Republic of Indonesia as specified in the First Schedule.

Anti-dumping duties 4.

The anti-dumping duties to be imposed on the producers or exporters as specified in the First Schedule shall be as specified in the Second Schedule.

Reason for the imposition of anti-dumping duties 5.

The reason for the imposition of anti-dumping duties under paragraph 4 is to prevent the injury to the domestic industry in Malaysia producing the like product.

Period for the imposition of anti-dumping duties 6.

The anti-dumping duties imposed under paragraph 4 shall apply for a period of five years from 7 May 2025 to 6 May 2030.

P.U. (B) 179 6

Schedule

JADUAL PERTAMA/FIRST SCHEDULE

[Perenggan 2, 3 dan 4/Paragraphs 2, 3 and 4]

MARGIN LAMBAKAN OLEH PENGELUAR ATAU PENGEKSPORT/

DUMPING MARGIN BY PRODUCERS OR EXPORTERS

Negara/

Country

Pengeluar/Pengeksport/

Producer/Exporter

Margin Lambakan/

Dumping Margin

Republik

Rakyat China/

The People’s

Republic of China

Far Eastern Industries (Shanghai) Ltd.

4.58%

Jiangsu Hailun Petrochemical Co., Ltd.

2.29%

Jiangsu Xingye Plastic Co., Ltd.

2.29%

Jiangyin Xingtai New Material Co., Ltd.

2.29%

Lain-lain/Others 11.47%

Republik

Indonesia/

The Republic of

Indonesia

Semua pengeluar atau pengeksport/

All producers or exporters

37.44%

P.U. (B) 179 7

Schedule

JADUAL KEDUA/SECOND SCHEDULE

[Perenggan 4/Paragraph 4]

DUTI ANTI-LAMBAKAN/ANTI-DUMPING DUTIES

Negara/

Country

Pengeluar/Pengeksport/

Producer/Exporter

Kadar Duti

[Peratusan (%)

daripada Nilai Kos,

Insurans dan

Tambang (KIT)]/

Rate of Duty

[Percentage (%) of the Cost, Insurance and Freight (CIF)

Value]

Republik

Rakyat China/

The People’s

Republic of China

Far Eastern Industries (Shanghai) Ltd.

4.58%

Jiangsu Hailun Petrochemical Co., Ltd.

2.29%

Jiangsu Xingye Plastic Co., Ltd.

2.29%

Jiangyin Xingtai New Material Co., Ltd.

2.29%

Lain-lain/Others 11.47%

Republik

Indonesia/

The Republic of

Indonesia

Semua pengeluar atau pengeksport/

All producers or exporters 37.44%

Bertarikh 24 April 2025

Dated 24 April 2025

[MITI.S.600-2/2/32; PN(PU2)529/JLD.34]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

Minister of Investment, Trade and Industry