Skip to content
In forceAs enacted

P.U. (B)

Notis Permulaan Kajian Semula Pentadbiran Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Keluli Tahan Karat Gulungan Sejuk dalam Bentuk Gegelung, Kepingan atau Apa-Apa Bentuk Lain yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Indonesia dan Republik Sosialis Viet Nam

Feedback & support

The text

1 November 2024 1 November 2024

P.U. (B) 445

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

NOTIS PERMULAAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN

DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN IMPORT

KELULI TAHAN KARAT GULUNGAN SEJUK DALAM

BENTUK GEGELUNG, KEPINGAN ATAU APA-APA

BENTUK LAIN YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT

DARI REPUBLIK INDONESIA DAN

NOTICE OF INITIATION OF ADMINISTRATIVE REVIEW

OF ANTI-DUMPING DUTIES WITH REGARD TO THE

IMPORTS OF COLD ROLLED STAINLESS STEEL IN COILS,

SHEETS OR ANY OTHER FORM ORIGINATING OR

EXPORTED FROM THE REPUBLIC OF INDONESIA AND

THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM

DISIARKAN OLEH/

JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

P.U. (B) 445 2

AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993

NOTIS PERMULAAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN DUTI ANTI-LAMBAKAN

BERKENAAN DENGAN IMPORT KELULI TAHAN KARAT GULUNGAN SEJUK DALAM

BENTUK GEGELUNG, KEPINGAN ATAU APA-APA BENTUK LAIN YANG BERASAL ATAU

DIEKSPORT DARI REPUBLIK INDONESIA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

(AD 02/20 – AR 03/24)

BERIKUTAN penyiaran Notis Penentuan Muktamad Afirmatif Penyiasatan Duti

Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Keluli Tahan Karat Gulungan Sejuk Dalam

Bentuk Gegelung, Kepingan atau Apa-Apa Bentuk Lain Yang Berasal atau Dieksport dari

Republik Indonesia dan Republik Sosialis Viet Nam [P.U. (B) 216/2021] dalam Warta pada 23 April 2021, Kerajaan telah mendapat maklumat bagi kajian semula pentadbiran dijalankan terhadap pengenaan duti anti-lambakan berkenaan dengan import keluli tahan karat gulungan sejuk dalam bentuk gegelung, kepingan atau apa-apa bentuk lain dengan ketebalan tidak lebih daripada 6.5 milimeter, tidak termasuk—

(a)

keluli tahan karat gulungan sejuk dengan kemasan sepuh lindap berkilat (BA),

No. 8 (Kemasan Cermin), timbul, keras, gores atau berwarna; atau

(b)

keluli tahan karat gulungan sejuk dengan nilai kekerasan lebih daripada 250HV, yang berasal atau dieksport dari Republik Indonesia dan Republik Sosialis Viet Nam

(“dagangan subjek”), dan menurut perenggan 28(1)(c) dan (f) Akta Duti Timbal Balas dan

Anti-Lambakan 1993 [Akta 504] dan peraturan 34 Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994 [P.U. (A) 233/1994], Kerajaan memulakan suatu kajian semula pentadbiran terhadap pengenaan duti anti-lambakan atas dagangan subjek itu.

Dagangan subjek 2.

(1)

Dagangan subjek dikelaskan di bawah Kod Sistem yang Diharmonikan

(“Kod H.S.”) dan Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN (“AHTN”) 7219.31.00 00,

7219.32.00 00, 7219.33.00 00, 7219.34.00 00, 7219.35.00 00, 7220.20.10 00

dan 7220.20.90 00.

P.U. (B) 445 3

(2)

Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan hanya untuk makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap penjenisan dagangan subjek.

Duti anti-lambakan sedia ada 3.

Duti anti-lambakan yang berkuat kuasa pada masa ini bagi dagangan subjek ialah duti anti-lambakan definitif yang dikenakan di bawah Perintah Kastam

(Duti Anti-Lambakan) 2021 [P.U. (A) 197/2021].

Alasan bagi kajian semula pentadbiran 4.

(1)

Kajian semula pentadbiran ini dimulakan berdasarkan alasan bahawa pempetisyen, iaitu Bahru Stainless Sdn. Bhd., yang merupakan pengeluar tunggal tempatan bagi keluli tahan karat gulungan sejuk telah menghentikan pengeluaran pada 30 Jun 2024.

(2)

Kerajaan berpuas hati bahawa maklumat yang didapati itu mengandungi alasan yang mencukupi untuk memulakan suatu kajian semula pentadbiran.

Tatacara 5.

Setelah menentukan bahawa keterangan yang mencukupi wujud untuk mewajarkan suatu kajian semula pentadbiran duti anti-lambakan berkenaan dengan import dagangan subjek, Kerajaan memulakan kajian semula pentadbiran menurut perenggan 28(1)(c) dan (f) Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan peraturan 34 Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994.

Pengumpulan maklumat 6.

Semua pihak berkepentingan dijemput untuk memberikan pandangan mereka secara bertulis dan dengan mengemukakan keterangan sokongan.

Had masa 7.

Semua pihak berkepentingan hendaklah menyatakan pandangan mereka secara bertulis dalam masa lima belas hari dari tarikh penyiaran notis ini dalam Warta jika pandangan itu hendak diambil kira semasa kajian semula pentadbiran, melainkan

P.U. (B) 445 4

jika dinyatakan selainnya.

Pengemukaan maklumat bertulis dan surat-menyurat 8.

(1)

Semua pengemukaan maklumat dan surat-menyurat hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar melalui pos, faksimile, e-mel atau serahan tangan dan dengan jelas menyatakan nama, alamat, alamat e-mel, dan nombor telefon dan faksimile pihak berkepentingan itu kepada—

Pengarah

Seksyen Amalan Perdagangan

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)

Aras 9, Menara MITI

No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur

Malaysia

Nombor Telefon

: (603) 6208 4633/4640/4646

Nombor Faksimile : (603) 6211 4429

Alamat e-mel

: alltps@miti.gov.my

(2)

Sekiranya pihak berkepentingan tidak memberikan maklumat yang perlu atau maklumat dan pandangan itu tidak diterima dalam bentuk yang memadai dalam had masa yang dinyatakan, Kerajaan boleh membuat penentuan berdasarkan fakta yang ada mengikut seksyen 41 Akta.

Bertarikh 30 Oktober 2024

[MITI.S.600-2/2/41; PN(PU2)529/JLD.33]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

P.U. (B) 445 5

COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993

NOTICE OF INITIATION OF ADMINISTRATIVE REVIEW OF ANTI-DUMPING DUTIES

WITH REGARD TO THE IMPORTS OF COLD ROLLED STAINLESS STEEL IN COILS,

SHEETS OR ANY OTHER FORM ORIGINATING OR EXPORTED FROM THE REPUBLIC OF

INDONESIA AND THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM

(AD 02/20 – AR 03/24)

FOLLOWING the publication of the Notice of Affirmative Final Determination of

An Anti-Dumping Duty Investigation With Regard to the Imports of Cold Rolled Stainless

Steel In Coils, Sheets or Any Other Form Originating or Exported from the Republic of Indonesia and the Socialist Republic of Viet Nam [P.U. (B) 216/2021] in the Gazette on 23 April 2021, the Government has obtained information for an administrative review to be conducted on the imposition of an anti-dumping duty with regard to imports of cold rolled stainless steel in coils, sheets or any other form with the thickness of not more than 6.5 millimetres, excluding—

(a)

cold rolled stainless steel with bright annealed (BA), No. 8 (Mirror Finish), embossed, rigidised, etched or coloured finishes; or

(b)

cold rolled stainless steel with hardness value of more than 250HV, originating or exported from the Republic of Indonesia and the Socialist Republic of

Viet Nam (“subject merchandise”), and pursuant to paragraphs 28(1)(c) and (f) of the

Countervailing and Anti-Dumping Duties Act 1993 [Act 504] and regulation 34 of the

Countervailing and Anti-Dumping Duties Regulations 1994 [P.U. (A) 233/1994], the Government initiates an administrative review on the imposition of anti-dumping duties on the subject merchandise.

Subject merchandise 2.

(1)

The subject merchandise is classified under the Harmonised System Code

(“H.S. Code”) and ASEAN Harmonised Tariff Nomenclature (“AHTN”) 7219.31.00 00,

7219.32.00 00, 7219.33.00 00, 7219.34.00 00, 7219.35.00 00, 7220.20.10 00

and 7220.20.90 00.

P.U. (B) 445 6

(2)

The H.S. Code and AHTN specified in subparagraph (1) are given only for information and have no binding effect on the classification of the subject merchandise.

Existing anti-dumping duties 3.

The anti-dumping duties currently in force on the subject merchandise are the definitive anti-dumping duties imposed under the Customs (Anti-Dumping Duties)

Order 2021 [P.U. (A) 197/2021].

Grounds for administrative review 4.

(1)

This initiation for administrative review is based on the grounds that the petitioner, Bahru Stainless Sdn. Bhd., the sole local producer of cold rolled stainless steel has ceased production on 30 June 2024.

(2)

The Government is satisfied that the information obtained carries sufficient grounds to initiate an administrative review.

Procedure 5.

Having determined that there is sufficient evidence exists to warrant an administrative review of the anti-dumping duties with regard to the imports of subject merchandise, the Government initiates an administrative review pursuant to paragraphs 28(1)(c) and (f) of the Countervailing and Anti-Dumping Regulations

Act 1993 and regulation 34 of the Countervailing and Anti-Dumping Regulations 1994.

Collection of information 6.

All interested parties are invited to make their views known in writing and by providing supporting evidence.

Time limit 7.

All interested parties shall present their views in writing within the period of fifteen days from the date of publication of this notice in the Gazette if such views are to be taken into consideration during the administrative review, unless otherwise specified.

P.U. (B) 445 7

Submissions of written information and correspondences 8.

(1)

All submissions of information and correspondences shall be made in writing and sent by post, facsimile, e-mail or by hand and with clear indication of the name, address, e-mail address, and telephone and facsimile numbers of the interested parties to—

Director

Trade Practices Section

Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI)

Level 9, Menara MITI

No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur

Malaysia

Telephone number

: (603) 6208 4633/4640/4646

Facsimile number

: (603) 6211 4429

E-mail address

: alltps@miti.gov.my

(2)

If the interested parties do not provide the necessary information or the information and views are not received in adequate form within the specified time limit, the Government may make its determination on the basis of the facts available in accordance with section 41 of the Act.

Dated 30 October 2024

[MITI.S.600-2/2/41; PN(PU2)529/JLD.33]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Minister of Investment, Trade and Industry