Skip to content

Seksyen 4

Alasan bagi kajian semula tamat tempoh

of Notis Permulaan Kajian Semula Tamat Tempoh Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Gegelung Keluli yang Dipracat, Dicat atau Disalut Warna yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China dan Republik Sosialis Viet Nam

P.U. (B)In forceProvision 5 of 11
Seksyen 4

(1)

Permintaan bagi kajian semula tamat tempoh itu adalah berdasarkan alasan bahawa penamatan duti anti-lambakan yang berkuat kuasa pada masa ini berkemungkinan menyebabkan lambakan dan kemudaratan berterusan atau berulang terhadap industri Malaysia.

(2)

Pemohon mengemukakan keterangan yang mencukupi mengenai lambakan dan kemudaratan terhadap industri Malaysia serta hubung kait antara import dagangan subjek itu dengan kemudaratan yang dikatakan dialami oleh industri domestik di Malaysia.

(3)

Kerajaan berpuas hati bahawa permintaan itu mengandungi alasan yang mencukupi untuk memulakan suatu kajian semula tamat tempoh.

(4)

Dalam membuat keputusan ini, Kerajaan juga telah meneliti harga dagangan subjek di pasaran dalam negeri di Malaysia berhubung dengan kemungkinan lambakan itu berterusan atau berulang.