Malaysia legislation

Section 5

of NOTIS PERMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT FILEM-FILEM BIAXIALLY ORIENTED POLYPROPYLENE YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI CHINESE TAIPEI, THAILAND, REPUBLIK RAKYAT CHINA, REPUBLIK INDONESIA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

Seksyen 5

Tatacara

1

Senarai soalan

Bagi mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatannya,

Kerajaan akan menghantar senarai soalan kepada industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di

Malaysia, kepada pengeluar/pengeksport di Chinese Taipei, Thailand, Republik Rakyat China,

Republik Indonesia dan Republik Sosialis Viet Nam, kepada pengimport, kepada mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam Petisyen, dan kepada Kerajaan Chinese Taipei, Thailand, Republik Rakyat China,

Republik Indonesia dan Republik Sosialis Viet Nam.

P.U. (B) 248 4

Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah diminta untuk menghubungi MITI melalui faksimile atau e-mel bagi mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen. Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon suatu salinan senarai soalan dengan mengenal pasti sifat aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan penyiasatan ini.

Section 5 — NOTIS PERMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT FILEM-FILEM BIAXIALLY ORIENTED POLYPROPYLENE YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI CHINESE TAIPEI, THAILAND, REPUBLIK RAKYAT CHINA, REPUBLIK INDONESIA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM