Skip to content

Seksyen 4

Pengataan kemudaratan

of Notis Permulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Mengenai Import Filem-Filem Biaxially Oriented Polypropylene yang Berasal atau Dieksport Dari Chinese Taipei, Thailand, Republik Rakyat China, Republik Indonesia dan Republik Sosialis Viet Nam

P.U. (B)In forceProvision 5 of 8
Seksyen 4

Pempetisyen telah menyatakan dan telah memberikan keterangan bahawa import dagangan subjek dari negara-negara yang dikatakan telah meningkat dari segi kuantiti mutlak. Adalah dikatakan selanjutnya bahawa industri Malaysia telah mengalami kemudaratan melalui kesan lambakan, antara lain, pemotongan harga, kemelesetan harga, pengurangan syer pasaran, pengurangan penjualan tempatan, penurunan kadar keuntungan, penurunan dalam aliran tunai dan pulangan pelaburan baru dan ketidakupayaan menambahkan modal.